Monday, November 29, 2010

Kari bawal kacang bendi

Bangun je pagi td teringat ikan bawal yang dibeli last week.Encik husband yang minta soh masak kari bawal.Siap requested letak tomato n cili hijau lagi(sori darl,cili hijau terlupa nak beli.takpe,kari tu dah pedas..)Actually dah lama tak masak kari, so hari ni dengan bersemangatnya prepare semua bahan n start masak..Sebenarnya, nak masak kejap je,nak prepare bahan2 tu yang kadang2 berejam2.Nasibla ikan tu sememangnaya dah dibersihkan sebelum simpan dalam freezer so jimatla masa disitu.Masak kari ni amik masa dalam 20mins saja..kejap je kan..=) Dgn rajinnya sempat snap sekeping dua gambar masa masak tadi..
baru letak kacang bendi

ikan bawal 2 ekor.cukupla utk kami 3org..(+baby-adik yang last)

tadaaa...dah siap..

NOTE: nak pegi jualan gudang Parkson 1Dec ni kat selayang mall..dah di appove oleh encik husband..(*target bedsheet..hehehe)

Sunday, November 28, 2010

HARRY POTTER AND THE DEATHLY HALLOWS: PART 1:

Synopsis:
The final chapter of the "Harry Potter" film series begins as Harry, Ron and Hermione leave Hogwarts behind and set out to find and destroy the Horcruxes -- the secret to Voldemort's power and immortality.

Oh yeah, malam ni nak pi berdating lagi dengan encik husband.Ticket dah siap di booking hari khamis lepas memandang last week kami pi walk-in,semua dah fully booked..Aiyooo..Penat tawaf dalam OU tu.Sempat makan JOhnys saja.Then balik dengan penuh kehampaan..So,this week..Here we come..=)

Lagi satu movie yang nak tgk.Yang ni encik husband yang requested..
THE CHRONICLES OF NARNIA: THE VOYAGE OF THE DAWN TREADER

Entahla kenapala encik husband nak tgk sgt citer nih.Maybe sbb hari tu dah tgk kat tv,so mcm syok pulak..Ok,this movie reserved utk next month sbb 9 dec ni baru release..Tunggu ye..

Synopsis: Return to the magic and wonder of C.S. Lewis' beloved world - via the fantastic Narnian ship, the Dawn Treader. In this new installment of the blockbuster "The Chronicles of Narnia" motion picture franchise, Edmund and Lucy Pevensie, along with their cousin Eustace and their royal friend King Caspian, find themselves swallowed into a painting and on to the Dawn Treader. As they embark on an incredible adventure of destiny and discovery, they confront obstacles beyond imagination.

NOTE: actually dah kekeringan aktiviti nak buat cuti nih..dah boring bangat..

siblinghood

Semalam keboringan tahap maks dah..melepek je kat sofa.Pejam je mata tidooo,buka mata tgk tv sat pastu tidoooo..Last2 encik husband tgk keadaan aku yang keterlampauan boring tu pun suruh mandi n siap2 nak keluar.Tak decide lagi nak pegi mana.Dengan bersemangatnya terus cergas mandi n bersiap...
Dah siap semua,so tanya kat encik husband.."nak ke mana ni abang?"So last2 encik suami pun decide ke IKEA.Katanya boleh survey tv console..yeyeee..tv console tu perlu diberi 'touch' baru sbb dah lama since kitorg kawen.Apalagi,bergerakla dengan hati berbunga riang..
Dah sampai sana,org tak brapa ramai.Masa tu dah dekat kul5ptg..Maybe ramai yang pi MAHA kot..Crowded gile la MAHA for sure..Dah puas dah round sambil tgk design yang berkenan di hati.Perut pun berkeroncong..Mulanya nak makan hotdog je,alih2 org yang queue tu pun dah berbengkang bengkok n tempat duduk yang sekangkang kera tu mesti dah penuh.Nak makan berdiri?Minta ampun sbb nanti share ngan syaitan(ni mama yang ckp eh,ustaz yang mama slalu pi ngaji tu bgtau, seelok2nya duduk..mama slalu pesan nihkat anak2)..End up,makan kat cafe IKEA jela.Husband ckp boleh lepak2 jap..While encik husband queue beli makanan (as requested meatball n chicken wings),aku pun melilau la cari tempat nak duduk.Last2 aku just berdiri kat one corner ni.Rezeki aku ptg semlm kebetulan tempat yang aku berdiri tu ada satu family dah abis makan..So apa lagi terus je dapat tempat.Sambil2 tu layanla catalog IKEA 2011 yang baru tu.Aku dah terjatuh cinta ngan quilt comforter set dia.Harga pun murah skit dr market.Some more with 4pillowcases.Aku dah aim dah..=)
Tengah2 aku dok belek tu,dtgla satu group adek beradek yang cari tempat.Kat tepi aku tu mmg kosong.Tapi seat for 4 saja.Diorg adek beradek tu adala dlm 6org.So nak dijadikan cite si kakak tu pun tanya la
kakaksulung: 'brape org ek?'
aku               : 'dua org je'.. (dgn senyuman yang manis)
kakak sulung: 'kitorg nak tumpang boleh?'
aku                :'dudukla'..
kakaksulung : 'dah beli makanan ke?'
aku                : 'dah,tgh queue'
(ko ingat saja2 aku nak duduk sini?masa tu dah terasa kejelekan perempuan itu..then dia approached auntie n uncle yang meja next to pulak)

kakaksulung : 'lama lagi ke?nanti kitorg nak duduk sini pulak'
auntie    : dengan muka yang terkejut n sedikit blur 'kena abiskan makanan dulu la'
Tak silap aku auntie n uncle tu baru je start makan..Pastu encik husband pun dtg..meatball 10pcs, daim cake, chicken wing 5pcs, cup utk cappuchino n mineral water..Sambil2 tu aku dengarla conversation adek beradek ni..

kakaksulung : ha,apa lagi pegi amik soft drink..
(si adik yang dlm std3-4 tu pn menonongla pegi kat soft drink dispenser )
pastu dok tak lama tu pulak,
kakaksulung : eh,jangan makan lagi.tunggu mama n papa..
(adik2 yang lain diam je tanpa sepatah kata)

Husband dah mula mcm irrating tgk kelakuan kakak sulung tadi..'nape tu?'sambil berbisik..'ntahapapa la kakak diorg ni'
Si adik yang kecik skali tu lapar rasanya.Yela,makanan dah ada tp takleh makan.So si adik main mcmana ntah,tiba2 air soft drink tadi tumpah..

kakaksulung : hah!!kan dah tumpah.. (dengan menjerit beb!..aku yang dok kat sebelah pun jadik malu..)

Ishk,aku kalau ikutkan hati nak je sound..Tu adik engkau,darah daging engkau.Layanla elok2..Ni layan macam komunis..haish..
Teringat kat adik-beradik aku.Kitorg sangat jarang dapat bersama2.Pendek kata nak cukup korum tu mmg susah..Tambah2 lagi skrang nih 3org dh kawen,lagila susah nak bertogether2..Ingat lagi masa zaman muda mudi dulu..Time sekolah menengah, bila je cuti sekolah mula, time tu la baru semua ada kat umah..Apa lagi,kitorg akan melepak kat bilik tengah.Kebetulan ada katil queen kat dalam tu..Malam yang pertama kitorg balik tu, aktiviti wajib adalah bersembang sampai ke pagi kemudian the best partnya kitorg akan tido berhimpit2 dalam satu katil queen tu.Just imagine 5org tido satu katil..Giler mcm tin sardine..Sweet memory kan..

NOTE: looking forward this coming February..yehuuuu...

Wednesday, November 24, 2010

Impian.....♥♥

Time2 cengginilah slalu dok ngidam mcm2.bukan mengidam sebab pregy ke apa ye..saja2 nak mengidam..hehehe..besala takdak keja nak buat.bila sume keja dah settle,ngadap internet jela..nak tido petang?no..no..no..yani bukan tido petang..if penat sgt baru tertido..tu pn just setengah jam saja..
Ada banyak impian yang teringin sangat nak ditunaikan.Antaranya 'on the way' sebab dah dapat green light dari encik husband.Ada juga yang masih dalam kotak fikiran ni.Masih belum dibentangkan..wahhh,macam banyak pulak tp takpa,kita buat satu persatu..ececeh..ayat cover mesti ada..satgi mintak semua serentak,last2 satu pun tak dapat.Tak ke menyesal..semua tu mesti ada plan dan strategi yang bijak..(encik hubby kan slalu cakap saya bijak..memang punnn!!hehehehe)

Plan masa cuti ni mmg nak menurunkan berat badan yang bagai di pam2..encik hubby dah bersetuju  ^_^ untuk membeli gerek(*gerek=basikal)..mula2 tu plannya,konon beli basikal tu nanti yani boleh kayuh n encik husband jogging kat taman..lepas dipikir dengan ketiadaan masa masing2,so end up kitorg pun decide nak beli bike yang untuk workout tu..bike tu mcm nih..
*gambar untuk dipertontonkan sahaja

Amacam?ok kan?so kena kayuh at least 20 minit sehari..boleh ke buat tiap2 hari nih?kena bertekad jugak walau mcmana sekali pun..tadi pun masa lunch encik husband dah tanya bila nak beli?apa lagi keterujaan nak pi beli tu makin menjadi2..haiya..jadiknya termakan banyakla tadi masa lunch.excited punya pasal..(bley caya ke?abaikan..)..so buat masa terdekat nih,Insyallah nanti dah beli yani akan cuba upload..cewah,berkobar2 dah nak kayuh nih..badan dah rasa tak fit langsung.(dan2 rasa tak fit..hehehe)tapi mmg pun,lately nih naik tangga sekolah tu dah megah dah rasa..tu baru naik tangga,tak jogging lagi.mau pancit nanti..till then..daaaa....

p/s: esok ada appoinment kat LPPKN...=)

Monday, November 22, 2010

Pagar rumah?

Pernah dengar pagar rumah?
Ada banyak cara org kita lakukan.Tak kirala melayu, cina atau india.Masing2 ada cara dan adat masing2.Bagi org melayu khususnya amalan dalam Islam,ada amalan yang menggunakan ayat2 Al-Quran yang akan dibacakan.Antara langkah-langkah yang dinamakan 'pagar rumah' menurut Islam ialah:

1. Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk opis/umah baru. Ia juga baik bagi bangunan yg telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/umah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sebagai Al-'Ammar) yang suka tinggal di umah yg tidak berpenghuni.
2. Membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yg bermaksud;"Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya utk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."
3. Banyakkan solat dan membaca Al-Quran
Dlm sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yg bermaksud;
"Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)
4. Baca Surah yassin, Al-Fatihah dan Al-IkhlasAmalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi senayak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
5. Pagar rumah cara Islam.
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut2 tertentu di rumah atau bangunan yg diduduki dgn kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimanapun ada cara yg dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air yassin di sekeliling rumah. Ikut panduan berikut; ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan2 hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yg terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya mengikut arah berlawanan jarum jam.Walahualam.
Pernah juga mendengar antara amalan menjauhkan makhluk halus antaranya meletak benda tajam di pintu atau tingkap rumah, paku diletak di bawah bantal, lada hitam di tabur dalam rumah atau tempat2 yang dirasakan 'keras'..banyak lagi kot..yang tu je yang teringat buat ms sekarang..
Yani ada letak kaktus kat tingkap dapur.Ada jugak tetamu yang kata mahluk halus tak masuk rumah..wallahualam.yang penting niat yani hanya utk deco sahaja..takdela pulak nak berniat yang bukan..mintak simpangla kejadian mistik kat rumah ni.Alhamdulilah so far dah nak masuk 2thn kami pindah ke home sweet home nih,takde lagi kejadian aneh..

2 kaktus yang paling kanan tu baru je beli semalam sbbnya 3 yang lain dah mati n kering kontang..just deko saja..=)cantik kan?


a GOOd start..

ISNIN..dan yani di rumah..rehat2 sbb baru je lunch..cuti sekolah pun baru mula..so another 1month to finish the holidays...actually ni first post memandangkan blog yang lama sudah terkubur( sbb dah lupa password..hehehe) so terpaksala buat blog baru..cuti2 sekolah ni bolehla meng'update' blog serajin yang boleh.. =)
hari nih lunch tengahari sgtla simple..bangun pun dah lambat.breakfast pn dah kul10 dengan NESTUM segelas utk hubby n yani..start masak lunch dah pukul1.mcm lipas kudung, nasibla ada pembantu setia..tlg potong carrot pn dah ok sangat..thanks hubby..so menunya ialah jeng..jeng..jeng..
  • sup sawi+carrot dengan ayam
  • udang goreng paprika
sangat simple kan?nanti yani akan try masak yang boombastic skit..nak bilang sheep sekejap..daaaa...