Monday, November 22, 2010

Pagar rumah?

Pernah dengar pagar rumah?
Ada banyak cara org kita lakukan.Tak kirala melayu, cina atau india.Masing2 ada cara dan adat masing2.Bagi org melayu khususnya amalan dalam Islam,ada amalan yang menggunakan ayat2 Al-Quran yang akan dibacakan.Antara langkah-langkah yang dinamakan 'pagar rumah' menurut Islam ialah:

1. Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk opis/umah baru. Ia juga baik bagi bangunan yg telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/umah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sebagai Al-'Ammar) yang suka tinggal di umah yg tidak berpenghuni.
2. Membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yg bermaksud;"Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya utk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."
3. Banyakkan solat dan membaca Al-Quran
Dlm sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yg bermaksud;
"Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)
4. Baca Surah yassin, Al-Fatihah dan Al-IkhlasAmalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi senayak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
5. Pagar rumah cara Islam.
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut2 tertentu di rumah atau bangunan yg diduduki dgn kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimanapun ada cara yg dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air yassin di sekeliling rumah. Ikut panduan berikut; ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan2 hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yg terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya mengikut arah berlawanan jarum jam.Walahualam.
Pernah juga mendengar antara amalan menjauhkan makhluk halus antaranya meletak benda tajam di pintu atau tingkap rumah, paku diletak di bawah bantal, lada hitam di tabur dalam rumah atau tempat2 yang dirasakan 'keras'..banyak lagi kot..yang tu je yang teringat buat ms sekarang..
Yani ada letak kaktus kat tingkap dapur.Ada jugak tetamu yang kata mahluk halus tak masuk rumah..wallahualam.yang penting niat yani hanya utk deco sahaja..takdela pulak nak berniat yang bukan..mintak simpangla kejadian mistik kat rumah ni.Alhamdulilah so far dah nak masuk 2thn kami pindah ke home sweet home nih,takde lagi kejadian aneh..

2 kaktus yang paling kanan tu baru je beli semalam sbbnya 3 yang lain dah mati n kering kontang..just deko saja..=)cantik kan?


2 comments:

zt said...

pinjam post ko utk dishare dlm blog aku bleh?

mrs yanizam said...

sila2 zeti..sharing is caring..