Sunday, November 28, 2010

siblinghood

Semalam keboringan tahap maks dah..melepek je kat sofa.Pejam je mata tidooo,buka mata tgk tv sat pastu tidoooo..Last2 encik husband tgk keadaan aku yang keterlampauan boring tu pun suruh mandi n siap2 nak keluar.Tak decide lagi nak pegi mana.Dengan bersemangatnya terus cergas mandi n bersiap...
Dah siap semua,so tanya kat encik husband.."nak ke mana ni abang?"So last2 encik suami pun decide ke IKEA.Katanya boleh survey tv console..yeyeee..tv console tu perlu diberi 'touch' baru sbb dah lama since kitorg kawen.Apalagi,bergerakla dengan hati berbunga riang..
Dah sampai sana,org tak brapa ramai.Masa tu dah dekat kul5ptg..Maybe ramai yang pi MAHA kot..Crowded gile la MAHA for sure..Dah puas dah round sambil tgk design yang berkenan di hati.Perut pun berkeroncong..Mulanya nak makan hotdog je,alih2 org yang queue tu pun dah berbengkang bengkok n tempat duduk yang sekangkang kera tu mesti dah penuh.Nak makan berdiri?Minta ampun sbb nanti share ngan syaitan(ni mama yang ckp eh,ustaz yang mama slalu pi ngaji tu bgtau, seelok2nya duduk..mama slalu pesan nihkat anak2)..End up,makan kat cafe IKEA jela.Husband ckp boleh lepak2 jap..While encik husband queue beli makanan (as requested meatball n chicken wings),aku pun melilau la cari tempat nak duduk.Last2 aku just berdiri kat one corner ni.Rezeki aku ptg semlm kebetulan tempat yang aku berdiri tu ada satu family dah abis makan..So apa lagi terus je dapat tempat.Sambil2 tu layanla catalog IKEA 2011 yang baru tu.Aku dah terjatuh cinta ngan quilt comforter set dia.Harga pun murah skit dr market.Some more with 4pillowcases.Aku dah aim dah..=)
Tengah2 aku dok belek tu,dtgla satu group adek beradek yang cari tempat.Kat tepi aku tu mmg kosong.Tapi seat for 4 saja.Diorg adek beradek tu adala dlm 6org.So nak dijadikan cite si kakak tu pun tanya la
kakaksulung: 'brape org ek?'
aku               : 'dua org je'.. (dgn senyuman yang manis)
kakak sulung: 'kitorg nak tumpang boleh?'
aku                :'dudukla'..
kakaksulung : 'dah beli makanan ke?'
aku                : 'dah,tgh queue'
(ko ingat saja2 aku nak duduk sini?masa tu dah terasa kejelekan perempuan itu..then dia approached auntie n uncle yang meja next to pulak)

kakaksulung : 'lama lagi ke?nanti kitorg nak duduk sini pulak'
auntie    : dengan muka yang terkejut n sedikit blur 'kena abiskan makanan dulu la'
Tak silap aku auntie n uncle tu baru je start makan..Pastu encik husband pun dtg..meatball 10pcs, daim cake, chicken wing 5pcs, cup utk cappuchino n mineral water..Sambil2 tu aku dengarla conversation adek beradek ni..

kakaksulung : ha,apa lagi pegi amik soft drink..
(si adik yang dlm std3-4 tu pn menonongla pegi kat soft drink dispenser )
pastu dok tak lama tu pulak,
kakaksulung : eh,jangan makan lagi.tunggu mama n papa..
(adik2 yang lain diam je tanpa sepatah kata)

Husband dah mula mcm irrating tgk kelakuan kakak sulung tadi..'nape tu?'sambil berbisik..'ntahapapa la kakak diorg ni'
Si adik yang kecik skali tu lapar rasanya.Yela,makanan dah ada tp takleh makan.So si adik main mcmana ntah,tiba2 air soft drink tadi tumpah..

kakaksulung : hah!!kan dah tumpah.. (dengan menjerit beb!..aku yang dok kat sebelah pun jadik malu..)

Ishk,aku kalau ikutkan hati nak je sound..Tu adik engkau,darah daging engkau.Layanla elok2..Ni layan macam komunis..haish..
Teringat kat adik-beradik aku.Kitorg sangat jarang dapat bersama2.Pendek kata nak cukup korum tu mmg susah..Tambah2 lagi skrang nih 3org dh kawen,lagila susah nak bertogether2..Ingat lagi masa zaman muda mudi dulu..Time sekolah menengah, bila je cuti sekolah mula, time tu la baru semua ada kat umah..Apa lagi,kitorg akan melepak kat bilik tengah.Kebetulan ada katil queen kat dalam tu..Malam yang pertama kitorg balik tu, aktiviti wajib adalah bersembang sampai ke pagi kemudian the best partnya kitorg akan tido berhimpit2 dalam satu katil queen tu.Just imagine 5org tido satu katil..Giler mcm tin sardine..Sweet memory kan..

NOTE: looking forward this coming February..yehuuuu...

No comments: